Malim Kuning kononya seorang pahlawan ternama di negara ontah mano. Cerita mengenai kegagahannya tersohor merata tempat. Sebaik namanya disebut, orang-orang pun kecut perut ketakutan.Kalau setakat bermain senjata seperti keris dan lembing, usahlah dicabar. Kalau berlawan, belum sempat lawan menhunus keris sudah tertikam. Kalau memanah, robin hood pun kalah. Lembing yang dihayun kalau setakat burung yang terbang, boleh berkauk. Memang terer. Kepakarannya bukan setakat bermain senjata, malah kekuatan fizikalnya juga amat hebat. Pernah sekali, diacah kawanya dari belakng, dek terperanjat dia terus melompat melepasi bumbung rumah. Kerana kehebataknnya, istana telah melantiknya sebagai hulubalang diraja.
Sampai satu ketika, negerinya dilanda perang. Negara jiran mengamuk kerana lamaran terhadap tuanku puteri ditolak mentah-mentah oleh baginda sultan. Bukan kerana darjat, sebaliknya sifat dan perangai putera tidak sesuai dengan amalan di negara ini. Kerana tidak berpuas hati, negara ini telah di serang bertalu-talu. Atas perintah ke bawah duli tuanku, panglima Malim Kuning telah di tugaskamn memimpin barisan tentera menghalang kemaraan tentera musuh. Namun sebaik sampai di medan perang, melihat keadaan yang sungguh genting mengelabah tak keruan.
Walaupun dia panglima terbilang, dia tidak pernah terlibat dengan peperangan. Bunyi dentingan pedang dan lembing yang melayang-layang amat menakutkan beliau. Beliau terus kaku dan kelu. Badannya berpeluh-peluh dingin dan menggigil. Tiba-tiba dia rasa bagai mahu terkucil yang amat sangat. TYanpa disedari dia 'terlepas' sambil berdiri. Memandangkan keadaan sedemikian rupa, pembantunya segera memberi perlindungan dan pertolongan. Dan dia terus pengsan.
Mengikut cerita generasi seterusnya, sebenarnya Panglia Mal;im Kuning ini seorang yang berhati lembut, sangat bersopan santun serta mementingkan keamanan. Ketakutan bukan punca sebaliknya dia takut mnemeikirakn kesan akibat perang yang tidak membawa apa-apa makna.